ikan kengsom

Pernah merasa lauk Ikan Kengsom masakan Thailand? Memang sedap sangat sebab ada rasa masam manis dan juga pedas yang boleh buka kembali selera makan.

Hidangan ini tak kisah guna apa-apa ikan seperti, ikan siakap, merah, kembung, parang, tenggiri dan sebagainya.

Ramai yang kata rasanya seakan asam pedas, tapi ia menggunakan bahan yang lain dari kebiasaannnya.

Artikel berkaitan: Cara Buat Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Sedap Macam Restoran Thai T20

Untuk masakan Thai ini, memang ia mementingkan rasa pedas dan masam. Sayurnya pula, boleh guna sayur kangkung pun dah cukup.

Kalau dekat kedai ni, satu hidangan ini boleh mencecah sehingga RM45 hingga RM80 bergantung kepada saiz ikan.

Baik kita masak sendiri di rumah, lagi berbaloi ikut kuantiti keluarga.

Untuk lauk Ikan Kengsom ini, kita boleh tengok resipi dari perkongsian Mia Ilham ini. Katanya sedap betul hirup kuahnya kalau masa hujan ini.


Resipi Ikan Kengsom Masakan Thai


Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan besar – dipotong kecil
  • 1/2 biji nenas kecil
  • 1/2 ikat kangkung
  • 2 batang serai sederhana diketuk
  • 1 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1-1.2 liter air

Bahan kisar:

  • 2 tangkai cili merah besar
  • 8 tangkai cili padi – nak pedas masukkan lagi
  • 1 biji bawang merah besar saiz bola pingpong
  • 6 ulas bawang putih kecil
  • 1/2 inci belacan
  • 1 inci kunyit hidup

Cara memasak:

1: Kisar semua bahan kisar dengan air cukup sehingga halus. Masukkan bahan kisar,serai dan air secukupnya ke dalam periuk.

2. Masak hingga mendidih. Tambahkan nenas dan biarkan air nenas turun sebelum dimasukkan ikan.

3. Masak 5-8 minit sahaja ikan siakap bergantung pada saiz.Jangan masak lama nanti isi ikan hancur. Perasakan dengan garam dan gula ikut tekak anda.

4. Tutup api selepas semua menjadi sedap, barulah masukkan kangkung supaya tidak terlebih masuk dan perahkan asam limau nipis ikut tahap masam anda suka.


Dah siap dah resepi ikan kengsom masakan thai ini. Tak rugi untuk anda cuba kan.

Nak lagi masam, boleh perah asam limau. Mesti lagi kick rasanya. Jangan lupa untuk basuh ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN