sambal nasi arab

Sambal Nasi Arab yang mudah dan sedap ini sesuai dijadikan pelengkap nasi Arab, roti atau hidangan daging panggang. Rasa pedas seimbang dan aroma daun ketumbar menaikkan selera, menjadikannya pilihan yang cepat dan praktikal untuk semua hidangan.

Hanya menggunakan bahan simple seperti tomato masak ranum, cili hijau, daun ketumbar dan air lemon, sambal ini memberikan rasa segar dan tekstur yang tidak terlalu halus. Mudah disediakan, cepat dan pasti semua orang suka.

Baca juga: Sambal Bangkok Pedas Manis, Resipi Asli Untuk Nasi, Ayam Goreng, Ikan Bakar Dan Mi Goreng

RESIPI SAMBAL NASI ARAB SIMPLE SEDAP

sambal nasi arab

Bahan-bahan:

  • 3 biji tomato, dicincang kasar
  • 5 biji cili besar hijau, dihiris (boleh tambah cili padi jika suka pedas)
  • 3 batang daun ketumbar, dihiris
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 biji air perahan lemon

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.

2. Kisar bersama air perahan lemon sahaja, jangan tambah air kerana tomato sudah berair.

3. Kisar sekejap sahaja supaya tekstur sambal tidak terlalu halus. Jika terlalu hancur, rasa kurang sedap.

4. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.

Tips Tambahan

  • Gunakan tomato masak ranum untuk rasa lebih manis dan segar.
  • Simpan dalam bekas kedap udara di peti sejuk sehingga 3 hari.
  • Boleh tambah sedikit minyak zaitun atau minyak sapi untuk rasa lebih kaya.
  • Jika mahu pedas, tambah sedikit cili padi semasa mengisar.

Sambal ini sesuai dijadikan pelengkap nasi Arab atau hidangan lain, mudah, cepat dan pasti menaikkan selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Amy Hanafiah

Baca juga: Resepi Nasi Arab Mandy Simple & Wangi, Mudah Buat Sendiri Di Rumah Tanpa Susah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN