sambal bangkok

Jika anda penggemar sambal pedas manis, Sambal Bangkok wajib dicuba. Sambal ini terkenal dengan rasa pedas, manis dan sedikit masam yang unik, sesuai dijadikan pendamping nasi, ayam goreng, ikan bakar atau mi goreng.

Dengan resipi ini, anda boleh menyediakan Sambal Bangkok sendiri di rumah. Rasanya tetap asli, segar dan pasti disukai seisi keluarga.

Baca juga: Sambal Belacan Simple Paling Mak-Mak Suka, Jangan Lupa Bahan Ini Kalau Nak Kisar!

RESIPI SAMBAL BANGKOK

sambal bangkok

Bahan-bahan:

  • 5 biji cili merah besar
  • 4 biji cili padi merah
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 150 ml air
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh serbuk perasa
  • ¼ sudu teh minyak bijan (pilihan)
  • 1 sudu besar cuka makan
  • Larutan tepung jagung: 1 sudu besar tepung jagung + 1 sudu besar air

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus cili merah, cili padi dan bawang putih yang telah ditumbuk sehingga layu. Ini akan menjadikan sambal lebih wangi dan mudah dihaluskan.

2. Gunakan blender untuk mengisar cili dan bawang putih. Tekstur boleh kasar atau halus mengikut citarasa.

3. Panaskan gula pasir sehingga cair dan berwarna karamel.

4. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya gula larut sempurna.

5. Tambahkan cili dan bawang putih yang telah dihaluskan. Kacau rata sehingga sebati.

6. Masukkan garam, pati perasa, minyak bijan, sos cili, sos tomato dan cuka. Kacau sehingga rasa pedas manis seimbang.

7. Tuang larutan tepung jagung sambil dikacau seketika hingga sambal sedikit pekat. Angkat dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Tip Agar Sambal Bangkok Lebih Sedap

  • Tambah cili padi jika mahukan pedas lebih kuat.
  • Untuk sambal lebih halus dan sebati, gunakan blender.
  • Simpan sambal dalam bekas kedap udara di peti sejuk supaya tahan sehingga seminggu.
  • Untuk rasa segar, boleh tambah beberapa titis jus limau nipis sebelum menghidang.

Menyediakan Sambal Bangkok sendiri di rumah bukan sahaja memberi rasa asli, malah lebih segar dan sihat. Cuba resipi ini, kongsikan dengan keluarga dan jadikan Sambal Bangkok pendamping setiap hidangan harian!

Selamat mencuba!

Sumber: Menu Berbuka

Baca juga: Ibu Mentua Ajar Resepi Sambal Jantan Kelantan, Rasa Pedas Masam Yang Cukup Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN