Tak lengkap hidangan nasi lemak jika tiada sambalnya di sisi. Oleh itu, kami nak kongsikan tentang cara buat Sambal Kerang yang pedas manisnya kena dengan citarasa.
Nasi lemak sering disajikan bersama telur goreng dan sambal ikan bilis. Namun, ada juga yang suka menikmatinya bersama Sambal Kerang untuk dijadikan sebagai lauk.
Bagi memudahkan cara memasaknya, anda boleh beli kerang yang sudah siap dikopek. Jika mahukan hidangan yang lebih segar, kena rebus kerang yang belum dikopek terlebih dahulu.
Uya Masbah telah kongsikan hasil Sambal Kerang di Facebook yang cukup memuaskan sehingga ramai yang berminat dengan resipinya. Jom kita cuba!
Baca juga: Teknik Cuci Kerang Supaya Isi Tak Berselut, Lebih Bersih Dan Mudah Dimasak
RESIPI SAMBAL KERANG
Bahan-bahan:
- Cili kering
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
- Kerang
- 3 sudu besar santan
- Garam
- Gula
- Ajinomoto (tak letak pun tak apa)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan kerang sehingga lumat.
2. Selepas itu, panaskan minyak dan tumis bahan yang sudah dikisar tadi.
3. Apabila sudah tumis, masukkan garam, gula dan ajinomoto, kemudian masak sampai pecah minyak.
4. Setelah itu, masukkan santan dan gaul sebati.
5. Tunggu sampai 5 minit dan masukkan kerang, kemudian kacau-kacau.
6. Akhir sekali, tunggu sampai betul-betul masak. Siap untuk dihidang!
Bukan setakat makan dengan nasi lemak, malah anda boleh makan hidangan ini bersama nasi putih yang panas. Nak buat untuk lauk tengah hari pun boleh, malam apatah lagi.
Jika anda ingin buat bekal untuk orang tersayang, bolehlah buat Sambal Kerang ini yang pasti mendapat pujian kerana kesedapannya yang tak terkata.
Selain dijadikan sebagai lauk, hidangan ini juga sesuai dijadikan sebagai pencicah lempeng atau jemput-jemput. Apabila sudah cicah sekali, pasti nak lagi nanti.
Senang cerita, dapat makan hidangan ini memang tak cukup sepingganlah jawabnya. Silap-silap, esok pun keluarga di rumah minta buat lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: Uya Masbah
Baca juga: Resipi Rendang Kerang, Seronok Makan Sampai Tak Perasan Belum Raya Lagi