Bagi penggemar sambal, tidak sah rasanya kalau tiada sambal sebagai hidangan sampingan dalam menu harian. Lebih-lebih lagi Sambal Kelantan atau lebih dikenali sebagai Sambal Mok ini.
Sambal Kelantan ini rasanya lebih sedap jika dibandingkan dengan sambal-sambal lain. Mungkin sebab ada buah limau kasturi serta bawang-bawangnya dibakar atau dipanggang dahulu sebelum dikisar.
Baca juga: Sambal Kicap Style Johor, Ini RAHSIA Bagi ‘Kick’ Dan Tahan Lama
Jadi kalau nak puas hati, baik buat sendiri di rumah. Caranya sangat mudah dan boleh tahan lama. Jom kita ikuti perkongsian Cik Puan Ruby Suhana Said di bawah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara penyediaan:
1. Bawang putih dan bawang merah dipanggang atas api. Panggang sehingga lembik dan racik halus-halus.
2. Kisar lada (kisar guna pengisar kering) sebab suka nampak kasar-kasar gitu. Kalau nak halus guna pengisar biasa je letak cuka. (Jangan masukkan air nanti tak tahan lama.
3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan dan siap.
4. Simpan dalam peti sejuk bagi tahan lama.
5. Sambal ini makan dengan apa jua lauk pun sedap. Buat paste jadi kuah ngan ikan/ ayam/ udang pun sedap.
Selamat mencuba resipi Sambal Kelantan atau Sambal Mok ini.
Baca juga: Sambal Garing Guna Air Fryer TAHAN LAMA, Idea Bekal Anak Balik Kolej
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…