Sambal Ikan Masin Sengelo

Pernah merasa Sambal Ikan Masin Sengelo? Dikatakan lagi sedap dari sambal belacan yang selalu kita makan.

Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya. Tumbuk-tumbuk sikit ikan masin sengelo tu lepastu ratah makan dengan nasi panas. Fuhh terangkat dibuatnya. Perut pun kenyang.

Resipi dari perkongsian dari Irah Erah ini memang lain dari yang lain. Ikan masin yang ditumbuk bersama cili padi ini memang istimewa dari Sarawak.

Artikel berkaitan: Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh Versi Mudah, Guna Je Cara Ini

Ini kerana, ikan sengelo ini memang hanya ada di Sarawak sahaja, jadi kalau nak buat sambal ini memang kena pos ke semenanjung dahulu.

Kalau nak pikat hati suami dan keluarga, jom cuba sambal ini pula.

Resipi Sambal Ikan Sengelo


Bahan-bahan:

  • Ikan masin sengelo
  • Cili padi – ikut tahap kepedasan
  • Gula
  • MSG sedikit

Cara membuatnya:

1. Goreng dahulu ikan masin sengelo ini. Angkat dan toskan.

2. Kemudian, tumbuk ikan masin sengelo ini bersama cili dan gula di dalam lesung batu biar sekata.

3. Lepas hancur kesemua bahan, dah boleh letak di dalam bekas dan siap untuk dihidang.


Sukatan resipi ini, ikut citarasa masing-masing. Nak pedas, boleh lebihkan cili. Ada sesetengah orang nak buat sambal ikan masin sengelo ini, dia terus tumbuk tanpa goreng dahulu.

Dua-dua cara pun sedap. Tapi kalau min, lagi kick bagi ikan masin tu goreng dahulu. Orang Melayu dan sambal memang tak dapat dipisahkan.

Selamat mencuba!


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN