Categories: Resipi

Sambal Garing Ikan Masin Kurau, Menu Sahur ‘Bikin’ Naik Selera Bertambah Nasi

Jom masak Sambal Garing Ikan Masin Kurau untuk menu bersahur nanti. Tak sampai 10 minit dah siap masak!

Tak banyak guna bahan pun, memang ringkas dan sedap makan bersama ikan masin kurau ini. Nak lagi ‘kick’ boleh tambah petai jika ada lebih di dapur.

Baca juga: Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis, Lauk Penambah Selera Orang Dulu-Dulu

Yang utama, ikan masin haruslah digoreng garing terlebih dahulu sebelum dicampur bersama sambal, jadi dapatlah tekstur yang rangup, pedas, manis dan umami.

Resipi sambal goreng ikan masin kurau ini dikongsi oleh Cik Puan Norashikin Ismail di laman Facebook. Boleh ikut satu per satu cara-caranya di bawah.

Rasa tak sabar pula nak mencuba resipi ini. Cuba dulu baru tahu keenakannya kan.


RESIPI SAMBAL GARING IKAN MASIN KURAU

Bahan-bahan:

  • Ikan masin kurau – potong dadu
  • Tempe – potong dadu
  • Petai
  • 3 biji cili besar – kisar kasar
  • 10 biji cili padi merah – kisar kasar
  • 10 biji cili padi hijau – kisar kasar
  • 2 biji bawang merah – kisar kasar
  • 2 ulas bawang putih – kisar kasar
  • Garam, gula secukupnya
  • 1 asam keping
Cara-cara memasak:
1. Goreng ikan masin kurau yang sudah dipotong dadu sehingga garing. Tos dan ketepikan.
2. Goreng pula tempe yang sudah dipotong dadu. Tos dan ketepikan.
3. Tumis pula bahan yang dikisar sehingga naik bau.
4. Selepas itu, masukkan gula dan tumis lagi sehingga bertukar warna. Masukkan asam keping.
5. Masuk bahan-bahan yang siap digoreng tadi, dan gaul sebati.
6. Biarkan ia agak kering, kemudian boleh masukkan petai. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Siap untuk dihidang!

Mudah dan ringkas! Dah boleh makan dengan nasi panas-panas untuk menu bersahur kita ini. Orang bujang pun boleh memasak tau. Selamat mencuba!
Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

14 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

15 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

16 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

17 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

17 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

17 hours ago