Categories: Tips & Petua

Rupanya Ini Rahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup & Tak Hancur

Jika beli di kedai, pasti akan kecewa dengan sotong goreng tepung yang tidak menepati citarasa. Jarang sekali jumpa kedai menjualnya yang betul-betul sedap dan puas hati bila dimakan.

Mungkin ada juga yang pernah cuba buat sendiri di rumah, tetapi tepung tidak melekat pada sotong apabila digoreng. Bukan itu sahaja, ramai yang mengalami kejadian sotong ‘meletup’ ketika sedang menggoreng menyebabkan ramai yang serik untuk membuatnya.

Tak perlu risau lagi, jika anda ikuti langkah demi langkah cara membuatnya di bawah, dijamin sotong anda akan menjadi cantik sempurna selepas digoreng. Semoga bermanfaat!

Rahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Tepung bestari
  • Telur
  • Tepung beras

Cara-cara:

  1. Potong sotong menggunakan gunting atau pisau.
  2. Perap sotong bersama tepung bestari yang dibancuh bersama air.
  3. Selepas 10 minit, masukkan telur dan gaul sebati.
  4. Sediakan bancuhan tepung bestari dan sedikit tepung beras.
  5. Pindahkan sotong yang diperap tadi ke campuran tepung kering tadi.
  6. Tutup bekas dan goncang-goncang sehingga semua sotong bersalut rata dengan tepung kering.
  7. Ini hasilnya selepas digoncang tadi.
  8. Goreng dalam minyak yang panas.
  9. Siap!
  10. Sotong celup tepung rangup di luar, lembut di dalam. Selamat mencuba!

Kredit: Meens Yusoff

Nasiha

Recent Posts

Tutorial Acuan Kon Apam Cornetto Mini, Buat Siap-Siap Baru Tak Kalut Nanti

Baru-baru ini heboh di media sosial tentang Apam Cornetto yang comel dan menarik. Kali ini,…

13 mins ago

Resepi Kuih Keria Sedap Teramat, Guna Teknik Ini Confirm Gebu Montok!

Selain karipap dan donat, Kuih Keria juga sering dijual dan mendapat permintaan ramai. Sebenarnya, ada…

37 mins ago

Resipi Pengat Pisang Manis Berlemak, Makan Waktu Panas-Panas Memang Ngam!

Resipi pengat pisang adalah hidangan tradisional Melayu yang popular, sesuai dinikmati ketika cuaca dingin atau…

1 hour ago

Resipi Daging Tetel Masak Kuah Dalca, Makan Dengan Apa Pun Sedap!

Resepi daging tetel kuah dalca ini memang sangat sedap dan sesuai dihidangkan bersama nasi beriani,…

3 hours ago

Jemput Jemput Ikan Bilis, Nak Rangup Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Sebelum Goreng!

Tiba-tiba mak mentua minta buatkan hidangan minum petang yang sedap di rumah. Tak perlu fikir…

3 hours ago

Resipi Serunding Ikan, Cara Macam Ini Senang Serta Tahan Lama!

Resipi serunding ikan sangat senang dibuat dan merupakan salah satu menu tradisional Melayu yang lazat…

3 hours ago