Ibu-ibu pasti suka sediakan minum petang yang lazat untuk anak. Roti Mayonis adalah roti yang paling disukai oleh kanak-kanak sekarang.
Walaupun nasi adalah makanan ruji atau harian orang Malaysia, roti juga adalah salah satu jenis makanan yang sering dimakan.
Walaupun roti sangat popular dalam masyarakat Barat, tapi sekarang ramai yang gunakannya dalam masakan.
Betapa kreatifnya orang sekarang sehingga ramai yang menggunakan roti untuk membuat kek, muffin, puding dan sebagainya.
Baca juga: Roti Gula Kering Resipi SIMPLE, Hanya Gunakan 3 Bahan Saja
Apa jua jenis roti yang anda makan, hakikatnya ia adalah jenis makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi.
Tak hairanlah jika ibu-ibu sering menggunakan roti sebagai sarapan dan minum petang yang sedap, sihat dan bertenaga untuk anak-anak.
Kami cadangkan untuk anda cuba minum petang yang kreatif dengan resipi Roti Mayonis Berkeju Tarik yang dikongsikan oleh Nurhayati Maleq di Facebook.
Idea resipi ini cukup menarik kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Cara sediakannya juga cukup mudah dan ringkas.
RESIPI ROTI MAYONIS BERKEJU TARIK
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Potongkan sekeping roti kepada empat bahagian.
2. Sapukan mentega dan mayonis.
3. Taburkan keju mozzarella atas roti.
4. Bakar roti dalam air fryer 180°C selama 5 minit.
5. Setelah masak, taburkan gula. Siap!
Resipi Roti Mayonis Berkeju Tarik ini bukan saja boleh dihidangkan sebagai minum petang, malah ia bagus untuk sarapan anak-anak.
Senang cerita, jika anda inginkan sarapan dan minum petang yang tak perlu jalan kerja yang banyak, resipi ini merupakan pilihan paling tepat.
Buat anda yang mengalami masalah anak-anak yang liat untuk makan, anda boleh cuba hidangkan resipi ini buat mereka.
Silap-silap mereka minta anda buatkan untuk mereka setiap hari nanti. Selamat mencuba!
Sumber: Nurhayati Maleq
Baca juga: Tip Buat Roti Sosej Rangup & Tak Serap Minyak, Resipi Mudah Guna 4 Bahan Je!