burnt cheesecake

Selepas Burnt Cheesecake, mari cuba belajar resipi Burnt Cheesecake Strawberry Yogurt pula. Rasanya cukup sedap, lembut dan gebu.

Bagi anda yang tidak mempunyai ketuhar, anda tidak perlu kecewa kerana kek lazat ini dibuat dengan hanya menggunakan Air Fryer. Agak mudah.

Baca juga: Corn Ribs Resipi Viral, Tinggal Bakar Dalam Air Fryer Saja

Bukan itu sahaja, resipi yang dikongsikan oleh Nadiah Sohaimi ini agak mudah. Bagi anda yang tidak pasti untuk mencubanya, Kek ini agak mudah untuk disediakan. Malah, pertama kali buat pun mesti jadi!


RESIPI BURNT CHEESECAKE STRAWBERRY YOGURT

Burnt Cheesecake Strawberry Yogurt dengan menggunakan Air Fryer, AF Khind #ARF3000. Alhamdulillah first attempt menjadi.

burnt cheesecake

Bahan-bahan: 

Cara-cara penyediaan:

1. Nak mixer boleh, nak guna blender pun boleh. Pukul cream cheese dengan gula hingga sebati.

2. Masukkan yogurt, pukul adunan kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga adunan kembang.

3. Masukkan vanilla, jus lemon dan garam.

4. Akhir sekali, tepung dan lemon zest. Boleh guna spatula untuk gaulkan tepung sebab tak nak terlebih pukul adunan dan tepung.

5. Untuk adunan kek yang lagi halus, tapis dulu adunan ke dalam loyang size 6 inci yang telah dilapik dengan baking paper (salut dengan butter lebih safety taknak bagi melekat)

6. Preheat Air fryer dengan 180°C selama 5 minit.

7. Bakar 160°C selama 20 minit.

8. Tambah lagi 10 minit untuk suhu 180°C.

9. Lepas masak, cucuk kek dengan lidi di bahagian tengah, kalau lidi bersih kek dah masak smpurna. Boleh tambah 170°C selama 2 minit jika lidi ada melekat.

10. Untuk hiasan kek, boleh tabur gula icing. 

burnt cheesecake

Nota tambahan: Lepas siap, biarkan kek dalam Air Fryer dengan bakul sedikit terbuka supaya kek tak terkejut dengan suhu di luar. Lepas dah sejuk, anda boleh sejukkan dalam peti sejuk. Bila guna yoghurt strawberry ini, memang bau kek wangi.


Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Nadiah Sohaimi

Baca juga: Kuih Bingka Pandan Guna Air Fryer, Lembut Dan Wangi Semerbak Aroma Pandan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN