Categories: Infomasi

Nak Makan Halal Di Hong Kong, Ini 7 Destinasi Menarik Dengan Pilihan Menu Sedap & Unik

Jika anda merancang bercuti ke Hong Kong bersama keluarga, tak perlu fikir susah nak cari makanan halal. Sebenarnya, banyak restoran halal Hong Kong yang menarik dan mesra Muslim.

Dari sajian Kantonis moden, hidangan India dan Arab hinggalah ke makanan Thai dan seafood segar, semuanya ada. Jom kita tengok senarai restoran menarik yang boleh anda cuba apabila berada di Hong Kong.

Baca juga: 10 Kedai Makan Viral Di Malaysia Sebab Cantik, Sesuai Untuk ‘Nature Lover’

7 RESTORAN HALAL HONG KONG YANG MESRA MUSLIM

1. Cuisine Cuisine.

Jika anda penggemar masakan Kantonis, Cuisine Cuisine memang destinasi wajib. Restoran ini terkenal dengan hidangan moden berasaskan tradisi masakan Kantonis yang asli. Sejak tahun 2012 lagi, ia tersenarai dalam Michelin Guide Hong Kong & Macau, kiranya bukan calang-calang.

Ada pilihan dim sum halal, menu bermusim dan utama yang mengekalkan rasa asli setiap bahan. Memang sesuai untuk anda yang nak rasa santapan Kantonis dengan gaya moden.

Ini antara menu halal yang anda boleh cuba di sini:

  • Braised minced spotted garoup soup, fish maw, shredded fungus
  • Stir-fried Australian lobster, spicy preserved vegetable
  • Crispy chicken, minced shrimp, sliced almon, lemon sauce
  • Poached assorted vegetable, yellow fungus, lily bulb, fish soup
  • Fried rice, minced Australian angus beef, vegetable, spring onion
  • Chilled mango cream, Chinese pomelo, sago

2. JADE @ The Fullerton Ocean Park Hotel.

Nak makan sambil menghadap laut biru yang tenang? JADE di The Fullerton Ocean Park Hotel memang lokasi yang cantik.

Restoran halal Hong Kong ini disahkan halal, jadi tak perlu risau nak menikmati hidangan Kantonis premium dengan penuh yakin. Suasana eksklusif tapi tetap sesuai untuk keluarga, rakan sekerja atau majlis istimewa.

Setiap hidangan dimasak dengan bahan segar dan penuh teliti, gabungan rasa moden dan tradisional yang pasti memikat selera.

Ini antara menu halal yang anda boleh cuba di sini:

  • Deep-fried Toast with Shirmp Paste and Sesame, Deep-fried Bombay Duck Fish with Spicy Salt
  • Sweet Corn and Crab Meat Soup
  • Wok-fried Beef with Honey Bean and Walnuts
  • Poached Seasonal Vegetables in Fish broth with Bean Curd Sheet
  • Conpoy and Egg White Fried Rice
  • JADE Dessert Platter

3. Tagline Restaurant & Bar.

Jika teringin nak rasa sesuatu yang lain daripada biasa, anda boleh singgah di Tagline Restaurant & Bar.

Diasaskan oleh seorang chef merangkap pakar nutrisi, Kiran Sukhani, restoran ini mengetengahkan masakan India dan Arab dengan sentuhan moden.

Bayangkan hidangan klasik yang diberi nafas baru. Bukan saja sedap, tapi lebih sihat dan kreatif. Memang sesuai untuk kaki makan yang suka cuba sesuatu yang unik.

Ini antara menu halal yang anda boleh cuba di sini:

  • Matka Pani Puri
  • Tagline Paav Bhaji Fondue
  • Tagline Volcanic Chicken Tikka
  • 24K Chicken Malai Tikka
  • Perfumed Chicken Dum Biryani
  • Fish Madras

4. BKK Thai Street Food.

Bagi penggemar makanan Thai, BKK Thai Street Food memang tak mengecewakan. Restoran halal Hong Kong ini bawa terus suasana jalanan Bangkok ke tengah Hong Kong.

Hidangan mereka lengkap dengan rasa masam, manis, pedas dan masin yang seimbang, macam yang kita suka apabila makan tom yam, pad thai atau som tam.

Ditambah pula dengan bahan segar, sebahagiannya diimport khas dari Thailand. Setiap suapan memang rasa autentik.

Ini antara menu halal yang anda boleh cuba di sini:

  • Hainanese Chicken with Rice
  • Wok Fried Wagyu Beef with Rice
  • Wok Fried Chicken Larb with Rice
  • Pad Thai with Prawns
  • Thai King Chicken Curry

5. Lamma Rainbow Seafood Restaurant.

Jika anda ke Lamma Island, jangan lepaskan peluang singgah di Rainbow Seafood Restaurant yang dah wujud sejak tahun 1984. Ia merupakan restoran terbuka terbesar menghadap laut, sesuai untuk yang nak makan sambil menikmati pemandangan waterfront.

Paling menarik, mereka sediakan perkhidmatan feri percuma dari Central, Tsim Sha Tsui dan Sok Kwu Wan. Makanan laut segar, suasana santai dan pengalaman makan yang lain daripada biasa, memang berbaloi.

Ini antara menu halal yang anda boleh cuba di sini:

  • Steamed Shrimp with Garlic
  • Salt and Pepper Squid
  • Peppered Conch in Chicken Broth
  • Rainbow Fish
  • Stir-fried Clams with Basil
  • Grandpa’s Stir-fried Spicy Crab
  • Rainbow Crispy Chicken
  • Black Pepper Angus Beef Tenderloin
  • Vegetables in kelp and Fish Broth
  • Salted Fish and Chicken Fried Rice

6. Crystal Lotus @ Hong Kong Disneyland Hotel.

Ini pula restoran yang paling unik iaitu Crystal Lotus di Hong Kong Disneyland Hotel. Selain terkenal dengan masakan Cina kontemporari yang memenangi anugerah, restoran ini juga popular dengan dim sum berbentuk karakter Disney yang comel seperti Mickey, Duffy dan Baymax.

Gabungan rasa tradisional dengan kreativiti ala Disney menjadikan pengalaman makan di sini bukan sahaja sedap tapi juga menyeronokkan, terutamanya untuk keluarga bersama anak kecil.

Ini antara menu halal yang anda boleh cuba di sini:

  • Cod Fish and Crabmeat Dumpling
  • ‘Olu Mel Pineapple and Seafood Bun
  • “Swan” Vegetarian Taro Puff
  • Braised Seafood Broth with Bamboo Piths
  • Braised De-boned Beef Short Ribs in Sichuan Spicy Sauce
  • Crispy Prawns with Pineapple in Plum Sauce
  • Braised Seasonal Vegetables in Lion’s Mane Mushrooms and Wolfberry Soup
  • Fried Red Rice with Seafood in Preserved Olive Sauce
  • Winnie The Pooh’s Cactus Sweet Soup
  • Mango Sago Cream and Pomelo
  • Deeep-fried Glutinous Red Bean Dumpling with Sesame

7. Wayfinder’s Table @ Hong Kong Disneyland

Jika anda berada dalam kawasan Disneyland Hong Kong, satu lagi pilihan mesra Muslim ialah Wayfinder’s Table.

Restoran ini menawarkan hidangan halal antarabangsa dalam suasana santai, sesuai untuk pengunjung yang ingin rehat sekejap selepas bermain seharian di taman tema.

Menu yang ditawarkan seimbang, ada pilihan moden dengan sentuhan kreatif menjadikannya destinasi mudah untuk keluarga Muslim yang nak makan halal tanpa perlu keluar dari Disneyland.

Ini antara menu halal yang anda boleh cuba di sini:

  • Wayfinders’ Roasted Chicken Leg with Gramma’s Signature Rice
  • Beef Steak Mee Goreng
  • Massaman Prawn Curry with Gramma’s Signature Rice
  • Seafood Laksa Soup Noodle
  • Malai Kofta and Lentil Masala with Gramma’s Signature Rice
  • Voyager’s Chicken Naan Pizza (kid’s meal)

Semoga bermanfaat!

Sumber: Hong Kong Tourism Board

Baca juga: 9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

Aimi

Recent Posts

Resipi Pengat Cempedak Bersagu Yang Mudah Dibuat, Sekali Rasa Memang Nak Tambah Lagi

Pasti ramai yang belum pernah cuba pengat cempedak kan? Gabungan isi cempedak yang masak ranum…

20 mins ago

Resipi Kuih Tok Aji Serban, Gabungan Pulut Lembut & Lapisan Sekaya Yang Manis Berlemak

Kuih Tok Aji Serban atau lebih dikenali sebagai pulut sekaya merupakan antara kuih tradisional Melayu…

52 mins ago

Poket Tak Bocor! 3 Destinasi Percutian 2 Hari 1 Malam Bawah RM500, Siap Hotel & Port Makan Sedap

Setiap kali Isnin hingga Jumaat, menghadap laptop sampai mata rasa juling, otak terus auto-play lagu…

55 mins ago

Resipi Ayam Kengsom, Kuah Pekat Dengan Rasa Masam Pedas Sangat Membuka Selera!

Ayam kengsom merupakan antara hidangan berkuah masam pedas yang cukup terkenal kerana rasanya yang segar…

3 hours ago

5 Bahan Boleh Hilangkan Bau Hanyir Dan Kesan Minyak Degil Di Dapur

Pernahkah anda berdepan situasi seperti ini? Selepas penat menyediakan hidangan istimewa untuk keluarga, proses membersihkan…

7 hours ago

Cara Buat Makaroni Goreng Yang Tak Muak, Secukup Rasa & Kena Dengan Selera Tekak Melayu

Kalau anda sedang mencari cara buat makaroni goreng yang mudah tetapi rasanya memang padu, resipi…

7 hours ago