puding yang ringkas dan menarik .. sesuai untuk dessert .. mak mentua pun boleh terpikat tau .. cubalah .. anak2 mesti suka .. =) credit : juicy cafe

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

watermelon PUDDING

puding yang ringkas dan menarik .. sesuai untuk dessert .. mak mentua pun boleh terpikat tau .. cubalah .. anak2 mesti suka .. =) credit : juicy cafe

BAHAN-BAHAN

  • 15gm serbuk agar-agar
  • 6 cawan air
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 2 sudubesar butter
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 keping roti putih – cerai2kan
  • 1 paket cincau – potong kecil
  • Pewarna merah
  • Pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
  • Masukkan gula kastor dan kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan butter dan susu pekat, kacau lagi sehingga cair .
  • Masukkan roti ke dalam mesin pengisar, tuang 3 senduk adunan agar-agar dan kisarkan sehingga lumat.
  • Tuang adunan roti kisar ke dalam adunan agar-agar dan kacau sebati. Tutup api.
  • Bahagikan adunan agar-agar kepada dua bahagian, warnakan 1 bahagian dengan warna merah dan kacau rata.
  • Ambil 2 senduk daripada baki 1 bahagian tadi untuk dijadikan kulit tembikai yang bewarna putih.
  • Bakinya warnakan dengan warna hijau untuk dijadikan kulit tembikai.
  • Tuang adunan merah dengan menggunakan loyang V-shape (segitiga), taburkan cincau dan sejukkan sebentar.
  • Kemudian tuangkan pula adunan warna putih di atas adunan warna merah, biarkan keras sebentar.
  • Akhir sekali tuang adunan warna hijau di atas adunan warna putih dan sejukkan dalam peti sejuk selama 3 jam.
  • Keluarkan dan siap dimakan ketika sejuk.
  • Selamat mencuba ! =)
  • Ini mould V shape ..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN