penyediaan yang mudah dan cepat. sesuai untuk minum petang…hidangkan panas2 sejurus keluar dari oven untuk dapatkan rasa coklat yang cair….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Upside Down Apple Cake with Melted Chocolate

penyediaan yang mudah dan cepat. sesuai untuk minum petang…hidangkan panas2 sejurus keluar dari oven untuk dapatkan rasa coklat yang cair….

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji epal (tak kisah nak pakai hijau @ merah)
  • 1 sb gula
  • 1 sb butter cair @ minyak jagung.
  • 125 gm butter
  • 3/4 cawan gula pasir – dikisar halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan ground almond
  • 2 sb susu tepung
  • 1/4 cawan air
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk baking powder
  • 100 gm coklat masakan
  • 2 biji telur- grade A
CARA PENYEDIAAN
  • Epal dibuang empulur, dan potong nipis. Gaulkan dengan 1 sb gula & 1 sb butter cair @ minyak jagung. Susun dalam loyang dan biarkan sebentar.
  • Cairkan butter, sementara itu pukul telur & gula hingga kembang. Apabila kembang, satukan butter yang telah cair tadi dan esen vanila ke dalam adunan telur. Pukul lagi.
  • satukan tepung gandum, ground almond, soda bikarbonat, baking powder dan susu tepung dan ayak. masukkan ke dalam adunan telur tadi. kacau hinggga rata kesemuanya.campurkan air dan kacau lagi.
  • dadukan coklat masakan, gaul dengan sedikit tepung dan masukkan ke dalam adunan yg telah dipukul. kaup balik adunan, tuang ke atas loyang yg telah disusun dengan epal tadi.
  • bakar pada suhu 170C selama 20 – 30 minit.
  • hidangkan panas2.. sedap juge kalau nak hidang dengan aiskrim….tapi kalo x de pon x pe… :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN