puding biskut marie

Sekali pandang nampak macam kek batik, tapi rupanya Puding Biskut Marie! Kalau anda dah biasa makan kek batik, teksturnya boleh tahan keras kan?

Tapi kalau buat versi puding ni, rasa sama macam kek batik tapi lebih lembut untuk dimakan oleh orang tua atau kanak-kanak.

Ibu-ibu bolehlah cuba buat nanti dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Nur Haziqah di bawah. Selamat mencuba!

RESIPI PUDING BISKUT MARIE

Bahan-bahan:

  • Biskut marie original
  • Serbuk agar-agar 10gm (saya guna cap bunga raya)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu segar / susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat (kalau tak nak manis 1/4 cawan )
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 biji telur
  • 120gm butter (nak guna marjerin pun boleh)
  • 3 sb serbuk koko
  • 12 sb milo

Cara-cara:

1. Dalam pengisar, satukan susu segar, telur dan tepung kastard. Putar sehingga sebati.

2. Bancuh serbuk koko dan milo bersama 1/2 cawan air panas.

3. Masak serbuk agar-agar dengan 2 1/2 cawan air sehingga larut. Kemudian tapis.

4. Masukkan semula adunan agar-agar ke dalam periuk bersama butter dan kacau sehingga butter cair.

5. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.

6. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko + milo dan kacau sehingga pekat dan adunan meletup-letup menggunakan api kecil. Tutup api.

7. Gris loyang dengan minyak dan lapik plastik. Tuangkan adunan puding, nipis saja.

8. Susun biskut marie. Kemudian tuang lagi adunan puding. Ulang sampai adunan puding habis.

9. Sejukkan baru potong.

Kredit: Nur Haziqah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN