Sesuai untuk yang kesuntukan masa

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Masak Cincai

Sesuai untuk yang kesuntukan masa

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo udang
  • 1 biji bwg merah (dihiris bulat)
  • 1 ulas bwg putih (dihiris panjang
  • 5cm halia (dihiris panjang)
  • Cili padi / merah (dihiris serong)
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sudu teh stok ayam (kalau xde xpe)
  • Beberapa helai daun kari
  • Garam
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan udang. Saya suka potong misai, kaki2 & hujung ekornya. Biar nampak kemas
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan2 yang dah dihiris dan juga daun kari
  • Agak-agak wangi, masukkan udang
  • Seterusnya masukkan sos tiram dan stok ayam. Kacau biar sebati dengan udang. Masukkan juga garam. Hati-hati pada yg guna stok ayam sbb stok tu dah masin
  • Kalau rasa udang tu dah masak..bolehlah ditutup api dan angkat hidangan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN