resipi sirap bandung

Cuaca yang panas di siang hari pasti membuatkan tekak anda terasa sangat dahaga. Dapat buat resipi Sirap Bandung memang puas dan nikmat.

Jika anda mahukan resipi sirap bandung yang sedap, anda boleh mengikuti senarai yang dikongsikan oleh Brader Yusdi di Facebook ini.

Baca juga: Air Laici Aiskrim Soda Resipi Mudah, Auto Hilang Dahaga Bila Minum!

RESIPI SIRAP BANDUNG

1. Sirap Bandung 3 Layer

resipi sirap bandung

Bahan-bahan:

  • gula melaka
  • cincau
  • sirap
  • ais
  • susu lazz asli atau kurma

Cara-cara:

1. Masak gula melaka dengan sedikir air. Tunggu sejuk.

2. Dalam gelas, masukkan ais dan air gula melaka.

3. Masukkan susu lazz asli atau kurma yang dibancuh pekat.

4. Masukkan cincau dan air sirap warna merah. Siap!

2. Sirap Bandung Soda Float

resipi sirap bandung

Bahan-bahan:

  • 1/4 cawan ibu sirap
  • gula mengikut citarasa (dilarutkan dalam sedikit air panas)
  • 3/4 tin susu cair
  • 3/4 jug kuib ais
  • 1/2 tin aiskrim soda

Cara-cara:

1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan aiskrim soda, kacau rata dan masukkan kiub ais.

2. Biarkan kiub air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung. Siap!

Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun okay, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya.

3. Sirap Bandung Soda Ais Cincau

resipi sirap bandung

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Potong cincau ikut suka. Masukkan aiskrim soda.

2. Masukkan susu cair sambil kacau tak nak bagi dia berketul-ketul.

3. Masukkan ais, masukkan sirap (agak-agaklah ya). Kacau-kacau sebati dan siap!

4. Sirap Bandung Strawberry

Bahan-bahan:

  • 1 botol 1.5L air F&N strawberry (jenama lain pun boleh)
  • 1 liter air
  • 1 tin susu sejat/cair
  • Gula mengikut citarasa
  • Ais secukupnya

Cara-cara:

1. Masukkan Air dan gula ke dalam bekas yang sesuai, kemudian kacau gula sehingga larut.

2. Campurkan air F&N strawberry, kacau rata.

3. Kemudian masukkan susu sejat/cair dan kacau hingga susu dan air sebati (mula2 susu akan berketul-ketul apabila dimasukkan ke dalam air. Kacau dengan kuat supaya air dan susu sebati).

4. Masukkan ais dan bolehlah dihidangkan.

5. Sirap Bandung Ais Laici

Bahan-bahan:

  • 1 cawan susu sejat penuh krim marigold
  • 1/2 cawan sirap laici
  • 1/2 cawan sirap ros
  • 1 cawan ais
  • sedikit buah laici (tambahan)
  • sedikit cincau (tambahan)
  • jagung krim manis (tambahan)

Cara-cara:

1. Masukkan ais ke dalam dua gelas tinggi bersama cincau, jagung krim manis dan buah laici. Kemudian, ketepikannya.

2. Tuangkan susu sejat penuh krim marigold, ais, sirap laici dan sirap ros ke dalam pengisar.

3. Kisar sehingga campuran menjadi halus.

4. Kemudian, tuangkan ke dalam gelas tinggi tadi dan sedia untuk dihidang.

Segarnya dapat minum sejuk-sejuk. Anak-anak anda pun boleh membuatnya sendiri. Selamat mencuba!

Sumber: Brader Yusdi

Baca juga: Resipi Air Jus Kedondong Asam Boi Asli, Rasa Masam Manis Memang Sejuk Tekak Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN