cara cuci siput buluh

Siput pepahat atau juga dipanggil siput buluh ini sangat lazat jika dimasak tumis atau dibakar. Namun begitu, ada perlu tahu cara cuci siput buluh yang betul sebelum dimasak.

Makanan laut bercengkerang biasanya akan terdapat lumpur, pasir dan sebagainya. Jika kita mengambil mudah bab kebersihan, ia boleh menjadi menyebab seisi keluarga akan keracunan makanan selepas makan makanan yang bercengkerang.

Jadi, untuk mengetahui cara membersihkan siput buluh ini, mari ikuti perkongsian oleh Chef Arbi Mohd Arbi di bawah.

Baca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut

CARA CUCI SIPUT BULUH

Topik Pembelajaran kita pada hari ini ialah membersihkan Siput buluh atau pepahat atau ambal ataupun kalau orang NismeyLand panggil bamboo clamp.

Habitat pepahat ini ialah di dalam pasir di kawasan pantai. Dan umum mengetahui di dalam pasir yang sedikit berlumpur ni mengandungi 1001 kekotoran serta bakteria dan di sini juga saya ingin menyatakan.

Makanan bercengkerang ni ialah makanan yang berisiko tinggi untuk golongan lanjut usia, wanita mengandung dan kanak kanak (TCs Food dalam istilah serve safe management).

Jika salah cara pengendalian makanan, ianya akan menjadi bahaya dan boleh menyebabkan food borne illness dalam erti kata lain. Jika anda tidak membersihkannya dan ianya tidak dimasak dengan betul anda mungkin akan bermalam didalam tandas!

Saya serta kan gambar dan langkah-langkah pembersihannya. Rasanya amatlah berbeza selepas dibersihkan kerana “funny taste” yang sebelum ini anda rasai telah hilang. Ikuti langkah2 pada gambar yang saya sertakan.

Cara-caranya:

1. Jadi, inilah rupa pepahat. Ianya berpasir dan sedikit berlumpur. Rasanya yang kenyal dan kandungan garam yang tinggi menyebabkan rasa dia dah cukup masin jika dimasak tanpa garam.

cara cuci siput buluh

2. Ini pula rupa isi perutnya. Di dalam inilah yang saya katakan terkandungnya pasir dan lumpur. Ianya harus dibersihkan di bawah air yang mengalir, cuma koyakkan saja. Buang isi berwarna coklat beserta garis hitam itu. Ini amat bahaya jika tidak dimasak dengan sempurna, boleh menjadi toxic di dalam makanan.

cara cuci siput buluh

3. Setelah dibersihkan. Inilah hasilnya selepas dibuang. Ianya sedikit berpasir dan mempunyai bau.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Arbi Mohd Arbi

Baca juga: Cara Mudah Bersihkan Kerang Guna Air Sejuk & Garam Saja, Lagi Bersih Dari Guna Berus!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN