Tuna boleh juga digantikan dengan sardin.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tuna Stick
Tuna boleh juga digantikan dengan sardin.
BAHAN-BAHAN
- *200g tepung gandum
- *20g gula halus
- *1/2 sudu kecil garam
- *2 sudu kecil serbuk penaik
- 20g mentega
- 140ml susu segar
- Inti:
- 1 tin tuna
- 1/3 biji bawang besar – dicincang
- 2 sudu besar sos cili/tomato
- Sedikit serbuk lada sulah
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan (*) ke dalam mangkuk. Kacau biar serata.
- Masukkan pula susu dan mentega. Uli sehingga licin dan tidak melekat di tangan.
- Masukkan doh ke dalam mangkuk. Tutup dengan kain lembap/plastik. Biarkan selama 30 minit.
- Sementara itu, sediakan intinya. Panaskan minyak. Tumiskan bawang sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Kacau sehingga inti agak kering. Padamkan api dan sejukkan.
- Bahagikan doh kepada 6 biji. Buat bentuk seperti gambar.
- Canaikan doh tadi dan letak inti di bahagian tengah.
- Kemudian tutup rapat-rapat.
- Gentel sikit biar jadi bentuk yang cantik.
- Gunting bahagian atas doh. Kemudian ayakkan sedikit tepung ke atasnya.
- Bakar dengan suhu 200C selama 15-20 minit.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.