
“Saya suka buat kek, tapi bila fikir bab kena cuci alat baking… Malas dibuatnya!”
Untuk sesetengah orang, membuat kek atau kuih merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan. Malah, ada yang menghabiskan berjam-jam di dapur untuk membuat pelbagai jenis pencuci mulut.
Namun begitu, selepas selesai membaking biasanya pasti banyak pinggan mangkuk perlu dibasuh. Sisa-sisa adunan seperti mentega dan krim akan melekat pada permukaan alat baking. Apabila dipegang, alatan itu akan terasa licin kerana berminyak.
Oleh sebab itu, ramai yang menggunakan air panas untuk mencucinya agar kesan lemak dan kotoran dapat dihilangkan dalam masa yang singkat.

Selain menggunakan air panas, rupanya ada cara lain yang boleh dipraktikkan untuk mencuci alatan tersebut seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram bernama @melizah21 di bawah ini.
Baca juga: Cara Cuci Cawan ‘Berkerak’ Tanpa Guna Peluntur, Terus Nampak Macam Baru!
CARA CUCI ALAT BAKING YANG BERMINYAK
Cara-caranya:
1. Pertama sekali, basahkan keseluruhan permukaan alatan dengan air suam. Tak perlu guna air mendidih, air suam pun sudah cukup untuk menyingkirkan kesan lemak di alat.
2. Setelah itu, campurkan dua bahan dapur iaitu sabun pencuci pinggan dan garam ke dalam mangkuk. Tambahkan air secukupnya dan kacau rata sehingga semua bahan sebati.
3. Kemudian, sapukan campuran sabun, garam dan air tadi ke seluruh bahagian alat baking. Gosok satu persatu alatan tersebut dengan span pencuci pinggan. Tanpa menggunakan banyak tenaga, kesan lemak pada alat itu akan mudah hilang.
4. Apabila semua kotoran sudah hilang, basuhkan semua alatan di bawah air yang mengalir sambil digosok-gosok untuk memastikan keseluruhan permukaan alat baking benar-benar bersih dan kering.
5. Hasilnya, semua alat baking seperti blender, senduk kayu dan lain-lain menjadi bersih. Apabila disentuh, permukaannya sudah tidak licin lagi. Semoga bermanfaat!
Video penuh:
Sumber: melizah21
Baca juga: Tips Hilangkan Periuk Hangit & Berkerak. Guna 2 Bahan Je, Periuk Kembali Berkilat!
Related Posts
Resipi 20 Minit Siap
Resipi Popular
Udang Sotong Masak Paprik Ala Kedai Tomyam, Kuah Pekat Sampai Hirup Licin Tak Tinggal Setitik!
Tip Masak Ikan Singgang Yang Padu, Lauk Simple Tapi Rasa Dia Memang ‘Berhantu’
Cara Masak Nasi Daging Utara Yang Padu, Nasi Gebu & Daging Lembut Elok!
Puding Roti Kastard Leleh Dan Cair Di Mulut, Rasa Sekali Mesti Nak Lagi
Cara Buat Ayam Goreng Sedap, Nampak Biasa Tapi Sedap Lain Macam!
Artikel Popular
Resipi Puding Karamel Mini Tanpa Telur, Saiz Kecil Comel Sesuai Untuk Jamuan Sekolah Anak
“Terkedu Tengok Harga..” – Nasi Lemak Bernilai RM410 Ini Buat Netizen Tergamam!
7 Idea MASAKAN Syamimia Yang Boleh Cuba, Memang ‘Healing’ Layan!
Resepi Masak Lemak Telur Dadar, Lauk Simple Tapi Sedapnya Berhantu Betul!
Cara Buat Stok Nasi Frozen, Nak Makan Hanya Panaskan! Lembut Elok Hasilnya
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














