resepi dari ibuku, buat untuk makan pagi. masakan terengganu. buatnya senang je..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tepung kapur

resepi dari ibuku, buat untuk makan pagi. masakan terengganu. buatnya senang je..

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1/2 kerek manisan atau 1 cawan gula melaka
  • sesudu kapur makan
  • garam secukup rasa
  • kelapa parut
CARA PENYEDIAAN
  • masakkan manisan dengan air sampai cair. sejukkan sekejap.
  • masukkan air manisan tadi kedalam tepung gandum, masukkan sikit – sikit. adunannya taklah cair sangat, tak jugak pekat likat, biasa – biasa je.masukkan sekali kapur makan yang dibancuh ngan sikit air, juga masukkan garam.
  • tapiskan dalam loyang yang dah digris ngan minyak atau mentega.
  • kukus dalam masa 30 – 45 minit.
  • bila dah masak, sejukkan kejap, kemudian potonglah kuih ni ikut suka hati. nak lonjong ke berpetak ke, segienam atau heksagon. potong nipis dan kecik senang nak makan.
  • kelapa parut gaulkan ngan garam sikit. kemudian gaulkan kuih yang dah dipotong tadi ngan kelapa parut.
  • dah siap, boleh la makan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN