inti kacang merah

Rupanya tak susah pun nak hasilkan inti kacang merah secara homemade. Hanya menggunakan beberapa bahan yang mudah untuk didapati di kedai atau pasar raya.

Buat banyak terus, senang bila nak buat pau, roti goreng, roti bun, kuih bom dan bermacam-macam lagi kuih lain yang menggunakan inti kacang merah ini.

Bila dah pandai buat sendiri, tak perlu beli dah.  Buat sendiri tentunya lebih sedap, jimat dan boleh kawal kemanisannya. Jadi bagi anda yang nak buat sendiri, resipi perkongsian saudari Marlia Lia ini boleh dicuba.

Resipi Inti Kacang Merah Homemade

Bahan-bahan:

  • 400g kacang merah.
  • Air secukupnya untuk merebus
  • 2 sudu besar marjerin/butter (untuk bagi rasa lemak. Nak gantikan dengan minyak pun boleh. Seeloknya guna minyak jagung. Tak ada minyak jagung, boleh ganti dengan minyak masak)
  • 4 sudu besar shortening (lemak sayur) – Ini pula untuk jadikan inti kelihatan berkilat cantik
  • 1 keping gula nisang
  • Gula pasir (ikut manis masing-masing. saya guna 1 cawan lebih sikit)
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan disimpul

Cara penyediaannya:

1. Guna kacang merah biji kecil macam ni, bukan yang besar lonjong.

2. Basuh bersih kacang. Rendam semalam. Bila dah siap rendam, basuh dan bilas.

3. Rebus kacang merah bersama daun pandan sehingga betul-betul empuk dan lembut.

4. Apabila kacang sudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus di dalam mesin pengisar.

5. Masak semula kacang yang dikisar tadi bersama gula, marjerin, lemak sayuran dan garam. Guna api sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak hangus. Masak sehingga likat.

6. Guna nisan kerek sebab kurang manis berbanding gula kabung berbentu bulu itu. Gula kerek juga senang larut berbanding gula pasir.

7. Sejukkan sebelum disimpan. Selamat mencuba!

Kredit: Marlia Lia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN