Bagaimana cara nak masak Tauhu Rampai?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tauhu Rampai

Bagaimana cara nak masak Tauhu Rampai?

BAHAN-BAHAN

  • 3 keping tauhu (Dipotong kecil) 
  • 20 biji cili api 
  • 8 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
    (Cili api, bawang merah & bawang putih dikisar bersama)
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jusnya) 
  • 1 keping tempe 
    (Dipotong kecil dan digoreng garing) 
  • 1 cawan ikan bilis 
  • 1 sudu teh gula 
  • 1 cawan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Goreng tauhu sehingga garing, angkat dan ketepikan. 
    2. Asingkan separuh minyak. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik 
      bau. 
    3. Masukkan jus limau kesturi, gula, dan garam. Kemudian kacau rata. 
    4. Masukkan tauhu, tempe, dan ikan bilis. Kemudian, kacau rata sekali 
      lagi. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN