ni nak share respi wat sup yang biasa kt restoran nasi kandar tu plak. bgi anda yg masih lum tau cara watnye, jom kita cuba…sedap ni.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup ayam kandar style

ni nak share respi wat sup yang biasa kt restoran nasi kandar tu plak. bgi anda yg masih lum tau cara watnye, jom kita cuba…sedap ni.

BAHAN-BAHAN

  • ayam secukupnye – dipotong2 ikut suka anda besar mana
  • 2 sb ginger paste ( campuran halia dan bawang putih yg dah siap diblender). boleh lebihkan sukatannya utk dapatkan rasa kuah sup yg lebih pekat.
  • 1 tangkai daun kari – tak nak letak pun tak pe. iris jarang letak
  • 1/2 biji bawang besar – dimayang kasar
  • 3 biji kentang – dibelah 4
  • 1 biji tomato – belah 4
  • 3/4 sk serbuk kunyit ( atau sikit lagi dari ni. ujung2 sudu je. ni sbgai pewarna je)
  • 1/2 sk serbuk ketumbar (boleh dilebihkan jugak utk pekatkan lagi rasa kuah sup ni sebijik cam kat restoran tu)
  • 3/4 sk serbuk kas – kas
  • minyak utk menumis
  • air secukupnya ( 5 cawan)
  • garam secukupnya
  • 2 tangkai daun ketumbar – hiris2
CARA PENYEDIAAN
  • tumis ginger paste, bawang besar, daun kari, tomato hingga naik bau
  • dah naik bau, masukkan serbuk kas kas, serbuk kunyit dan ketumbar. tumis lagi dalam 1 minit.
  • masukkan plak ayam dan kentang. kacau dan biarkan dalam 1 minit. pas tu masukkan setengah cawan air dulu. biarkan hingga mendidih. ni nak bagi perisa kuah tu masuk kat dalam ayam. masak dgn api perlahan dan sementara tunggu mendidih, tutup periuk tu dgn penutupnya. ni sekadar petua nak bgi lagi sedap kot. sebab tok guru ajar cam ni. tok guru kalu masak, siap tak boleh bukak kipas. dia kata nanti api tu tak balance sebab kena angin. pehhhh…agak tu kot dia masak sedap..he,,he
  • dah mendidih masukkan baki air dan letak garam. biarkan sampai ayam dan kentang empuk dan masak. tutup api dan taburkan daun ketumbar. siappppp….makan panas2 bes.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN