resepi olah dari cik alma punya “cotton soft japanese cheesecake”. Buat untuk santapan pengantin tema ‘pink’

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Strawberry Swirl Cheesecake

resepi olah dari cik alma punya “cotton soft japanese cheesecake”. Buat untuk santapan pengantin tema ‘pink’

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN A
  • 250g cream cheese
  • 50g butter@majerin
  • 1 cwn susu
  • 5 biji telur kuning
  • secubit garam
  • 1 1/4 cawan tepung
  • 3 sb tepung jagung
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 2 sk esen strawberry
  • 2 sk esen vanilla
  • 2-3 titik pewarna pink
  • BAHAN B
  • 5 putih telur
  • 1 cawan gula
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan cream cheese, majerin dan susu dengan teknik double boiler
  • Dalam masa yang sama, boleh la pukul putih telur sampai berbuih. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai jadi ‘meringue’.Yang ni boleh minta tolong sesapa untuk pukul. Senang je
  • Dah siap meringue, ketepikan sekejap
  • Bila cheese dah cair dan sebati, angkat dan tuang ke dalam mangkuk adunan. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung
  • Pukul kuning telur sekejap. Gaul dalam tepung hingga sebati.
  • campurkan meringue ke dalam adunan tepung dan gaul lagi. Bahagikan kepada 2 adunan. 1/3 adunan campur esen strawberry dan pewarna pink. 2/3 adunan campur esen vanilla.
  • Lapikkan loyang dengan baking paper. Atau malas sangat, lengser dengan majerin saja di bahagian dasar dan tepi loyang
  • Tuang adunan vanilla dulu satu senduk dalam loyang. Kemudian, 1/2 senduk adunan strawberry.Tuang adunan selang seli sampai habis.
  • Ambil lidi dan ‘swirl’kan adunan anda
  • Bakar kek dengan suhu 160 Celcius selama 50 minit – 1 jam dengan cara bain marie ( Letak dulang isi air, dalam lebih kurang 2 cm, kemudian letak loyang kek atas air).Gambar kek dah siap bakar (tangan hubby enterframe pulak)
  • Ni hasil loyang pertama .Hasil kedua tak berapa naik sebab adunan sikit

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN