cara buat waffle

Anda baru beli mesin waffle? Jom baca resipi ini untuk tahu cara buat waffle yang sedap dan garing. Confirm tak cari resipi lain dah! Kalau ada yang belum miliki mesin waffle ni, boleh membelinya di atas talian dengan harga yang murah dan mampu milik.

Resipi waffle ini telah dikongsikan oleh Nor Asiah. Adunan ini dijamin dapat menghasilkan tekstur waffle yang garing di luar dan lembut di dalam.

Memang puas hati buat sendiri sebab boleh letak inti yang disukai, letak banyak-banyak pun takpe! Boleh buat untuk sarapan atau minum petang. Sekali cuba pasti akan buat berkali-kali.

Cara Buat Waffle Yang Sedap & Garing

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 ½  cawan air @ 1 cawan susu & 1 ½  cawan air full cream
  • 3/4 cawan minyak masak/butter cair
  • 2 biji telur
  • Sedikit esen vanilla
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 3 sudu gula kastor
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1/4 sudu teh baking soda

Cara-cara:

1. Masuk semua bahan dalam mangkuk. Pukul sehingga sebati.

2. Biarkan adunan selama 10-15 minit.

3. Tuangkan adunan secukupnya menggunakan senduk ke dalam mesin waffle.

4. Letak inti pilihan anda.

Selamat mencuba!

Kredit: Nor Asiah

Baca juga: Resipi Donut Gebu Hanya Guna 5 Bahan, Tak Perlu Rehatkan Doh!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN