sesuai untuk penggemar seafood

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

sotong sumbat ikan tenggiri

sesuai untuk penggemar seafood

BAHAN-BAHAN

  • sotong saiz besar 3 ekor
  • ikan tenggiri 3 keping
  • lada hitam 2 sudu besar (ditumbuk halus)
  • bawang besar 2 biji (potong dadu)
  • bawang putih 5 ulas (potong dadu)
  • daun sup 1 ikat
  • cili merah 2 biji
  • telur 4 biji
  • garam secukup rasa
  • bahan untuk air assam

    1. air assam jawa (pekat)
    2. tomato dihiris halus
    3. sedikit belacan
    4. bawang merah dihiris halus
    5. sedikit jus limau kasturi
    6. gula dan garam
    campur semua bahan, kacau rata dan sesuaikan rasa.

CARA PENYEDIAAN
  • buang kulit sotong, kemudian hendaklah direbus selama 5 minit untuk kecutkan sotong kemudian toskan. jgn rebus terlalu lama kerana daging sotong akan menjadi liat.
  • rebus ikan tenggiri kemudian hancurkan.
  • tumis bawang besar, bawang putih bersama lada hitam hingga naik bau. kemudian masukan ikan tenggiri, daun sup, cili merah dan garam. keluarkan dari kuali dan campurkan telur ke dalam isi ikan tenggiri. gaul rata.
  • kemudian sumbat isi ikan kedalam sotong hingga penuh.
  • bakar sotong dalam oven selama 10 minit atau sehingga masak.
  • keluarkan dari oven, potong dan siap untuk dimakan bersama keluarga.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN