PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sotong Goreng Berempah Tomyam

BAHAN-BAHAN

  • 400gm sotong (dihiris bulat)
  • Serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Setengah ulas bawang besar (dihiris)
  • Sedikit halia (ditumbuk)
  • Serai (dihiris)
  • Daun limau purut (dihiris)
  • 1 sudu makan pes tomyam
  • Sedikit air
  • Sedikit perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng sotong tanpa minyak untuk buang air sotong dan hanyir sotong sehingga kering.
  • Kemudian perap sotong tadi dengan serbuk kunyit dan kemudian goreng dengan minyak.
  • Tumis bawang putih, halia, bawang besar dan serai sehingga naik bau kemudian masukkan pes tomyam dan hirisan daun limau purut.
  • Tuangkan sotong tadi dan kacau. Tambahkan sedikit air. Kalau kurang masin, bolehlah tambah garam dan perasa.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN