Sedap! Terima kasih kepada kak Siti Mistima kerana sudi kongsi resepi ni.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Shepherd’s Pie
Sedap! Terima kasih kepada kak Siti Mistima kerana sudi kongsi resepi ni.
BAHAN-BAHAN
- Bahan inti pai:
- 250 gram daging cincang
- 100 gram cendawan (kalau ada peruntukan lebih, lagi sedap guna cendawan segar jenis portabello, kalau susah cendawan butang dalam tin pun ok)
- 1 biji bawang besar yang warna kuning (potong dadu)
- 2 sudu besar sup cendawan (krim) brand Campbell
- Boleh juga masukkan sayuran lain seperti saderi, lobak merah atau brokoli
- Bahan perasa pai (‘topping’):
- Kentang lenyek (ikut resepi Yani) atau boleh juga pakai kentang lenyek segera
- Keju mozarella
CARA PENYEDIAAN
- Goreng bawang sampai agak layu.
- Masukkan cendawan (langkah ni kalau guna cendawan segar) kalau tak, langkau je ke langkah seterusnya.
- Masukkan daging cincang, goreng agak-agak nak kering..
- Masukkan krim cendawan, kalau daging tu liat tambah air sikit, masak sampai jadi pekat and agak kering.
- Masukkan cendawan dan sayuran lain.
- Perisakan. Tapi biasanya tak perlu letak garam sebab krim cendawan tu dah masin.
- Ketepikan..
- Letak inti dalam loyang atau bekas aluminium macam yang saya guna tu pun ok.
- Letak kentang lenyek, taburkan keju mozzarella.
- Bakar dalam oven atau ketuhar untuk keringkan kentang dan cair kan keju. (Biasanya dalam 10-15 minit je).
- Sedap dimakan panas-panas.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.