Resipi utk Serunding Daging..Bg Yg Teringin Nak Buat …

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Serunding Daging

Resipi utk Serunding Daging..Bg Yg Teringin Nak Buat …

BAHAN-BAHAN

  • 2 kg Daging (Btg Pinang @ Topside) Direbus Empuk
  • 400 gram Cili Kering
  • 2 labu Bawang Merah Besar
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 4 cm Lengkuas
  • 2.5 cm Halia
  • 4 – 5 btg Serai
  • 150 gram Ketumbar (pandai2 agak)
  • 150 gram Jintan Manis (pandai2 agak)
  • 250 gram Gula Merah @ Gula Perang @ Gula Putih
  • 1 bj Kelapa (perah jd santan pekat)
  • Jus Asam Jawa
  • 50 gram Kerisik (tak letak pun takpe)
  • 2-3 Org Pembantu & Kesabaran Yg Tinggi (percaya la nak siat daging 2 kilo sorang2 ni bukan kerja yg “menyeronokkan” …
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan2 nih blend sekali dgn Bwg Besar,Bwg Putih,Ketumbar Dan Jintan (yg dah digoreng tanpa minyak)
  • Kemudian tumis bhn2 yg dah blend td (agak2 minyak ya…jgn terlebih plak)
  • Masukkan Gula Merah dan kerisik tu td
  • Masukkan Jus Asam Jawa (agak2 rasanya)
  • Masukkan Santan pekat
  • Goreng Tumisan kita tuh sampai pecah minyak (but jgn masukkan dulu daging k..)..nih gambar masa dier dah pecah minyak ….
  • Tunggu sampai garing tumisan kita …mcm gambar sebelah ni …..
  • Ambil daging yg kita dah carik2 (daging ni dah “diangin2kan” …utk kering kan lebih2an air rebusan tu…..
  • tutup api tumisan kita tuh …dan masukkan daging yg kita dah anginkan tuh …
  • Kacau sampai rata …….baru bukak api balik …tp gunakan api yg kecil ..kat sini kesabaran memainkan peranan yg penting…kalau melekat2 “JGN TAMBAH MINYAK!!!”…masukkan sedikit air je…
  • Dan kacau lah sampai betul kering dan garing …kacau jgn berketul2 pastikan kita gunakan api yg betul2 kecil …jgn gatal2 tangan nak besarkan api….
  • And resipi ni boleh tahan sehingga 8 bulan jika ditutup dan diletakkan di tempat yg kering …

    Tahan setahun jika diletak dalam peti ais…Dan pantang kalau dihinggap lalat…

    Sepanjang pembuatan serunding ni kena ingat ..jgn sampai dihinggap lalat ..

  • Ok Maka bila dah siap cam gambar bwh tuh korang boleh la hidang kan …sekali lagi maaf sebab lambat up sebab penat sgt ..tgn pun smpai sakit2 dan pedih2 (sebab siat daging 2 kilo sorang2) …huuhuh..tp dlm bidang masakan ni kesabaran selalunya memberikan hasil yg membanggakan kalau kita sanggup sabar dan belajar tanpa henti …Thanks buat semua yg tggu …heheeh ..smpai blom sipa taip pun dah ade org komen ..heheh …Thanks…cuba dan komen okay ….selamat mencuba….
  • Hehehehheehe…sori tak sempat hias…penat ..lg pun utk customer …heheheh …dan resipi ni nampak hitam bukan sebab hangus ..tp sebab gula merah yg sy guna menyebabkan warnanya jd gelap …

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN