myundi

Pilihan Raya Umum Malaysia 2022 yang ke-15 (PRU15) dijadualkan akan berlangsung pada 19 November ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Sebanyak 22 kerusi parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang, Perak, Perlis, dan Sabah akan dipertandingkan dalam PRU15.

Justeru, orang awam boleh melayari portal sehenti, myundi yang dilancarkan syarikat media digital, REV Media Group (REV) pada 2018 yang menyalurkan berita-berita semasa, maklumat terkini berkaitan pilihan raya serta keputusan keseluruhan pilihan raya.

Portal myundi adalah platform digital semua dalam satu yang menyediakan pembabitan interaktif dengan statistik pilihan raya yang tepat.

Pada edisi kali ini, myundi memperkenalkan ciri baharu iaitu Suara Kita, yang memberi peluang untuk seluruh rakyat menyuarakan pendapat dan idea berkenaan kerajaan baharu yang bakal dipilih.

Ketua Pegawai Operasi REV, Nicholas Sagau berkata, Suara Kita adalah ruang untuk rakyat berkongsi impian dan aspirasi mengenai Malaysia baharu dan kerajaan untuk masa hadapan.

Rakyat Malaysia boleh menyuarakan idea untuk masa depan seterusnya berkongsi idea di laman sosial selepas menjawab beberapa soalan ringkas di pautan https://www.myundi.com.my/suara-kita.

Pautan yang boleh diakses secara langsung selama 24 jam itu bakal memberi manfaat dan kelebihan kepada pengguna myundi sepenuhnya untuk mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan banyak lagi perihal berkaitan pilihan raya.

Portal myundi boleh mula dilayari bermula 5 November untuk kemas kini penamaan calon dan pada malam 19 November untuk keputusan pilihan raya yang terpantas.

Portal berita myundi boleh diakses melalui komputer, telefon pintar, dan tablet di www.myundi.com.my di mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN