Resepi yang paling simple untuk menarik minat anak-anak makan sayur dan roti…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti roll anak-anak
Resepi yang paling simple untuk menarik minat anak-anak makan sayur dan roti…
BAHAN-BAHAN
- Tepung gandum (2 cawan kecil)
- Tepung atta (1/2 cawan kecil)
- Garam secukup rasa
- Nugget yg telah digoreng (potong kecil)
- Sayur salad potong kecil2 (2 helai)
- Mayonnaise (ikut suka)
- Thousand islands sauce (ikut suka)
- Sos tomato/cili (anak2 sy suka tomato)
- **kalau nak gantikan nugget dgn sausage pun ok**
- **nak lebih menarik, tambahkan telur hancur**
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan tepung gandum, tepung atta dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan masukkan air perlahan-lahan. Uli tepung hingga jadi mcm doh.
- Cubit sikit tepung yg dh jadi doh(dalam segenggam). Leperkan guna kayu penggolek tuu…
- Letakkan tepung yang dh leper atas tangan kanan… Tebarkan ke tangan Kiri-kanan-Kiri-kanan sampai besar&nipis.. (Ala2 mcm org wat roti naan tu).
- Panas kan kuali leper.letak minyak sesudu.tebarkan tepung tadi & balik2kan kedua-dua belah. Pasti kan x hangus yaa
- Bila roti dah masak, letak kan atas pinggan..
Susun nugget, telur hancur & sayur salad. - Letak kan mayonnaise, thousand islands sauce & sos cili/tomato secukup rasa.
- Gulungkan roti.potong dua
- Sedia untuk dihidang! Selamat mencuba…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.