Sesuai dihidangkan bersama Kari Kofta.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Naan

Sesuai dihidangkan bersama Kari Kofta.

BAHAN-BAHAN

  • 4 ½ cawan tepung gandum
  • 1 peket (11 gm) yis kering
  • 2 sudu teh gula
  • 1 cawan air suam
  • 1 biji telur, dipukul
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 2 sudu besar mentega cair/ minyak zaitun
  • 4 sudu besar tairu (yogurt)
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan yis, air suam dan gula kemudian ketepikan selama 5 minit.
  • Masukkan tepung gandum, garam, serbuk penaik, tairu, mentega cair/ minyak zaitun dan telur ke dalam mesin pembuat roti ataupun anda boleh menggunakan mangkuk besar. Masukkan bancuhan yis tadi dan uli sehingga ia lembut dan licin.
  • Perap adunan naan sehingga ia naik dua kali ganda.
  • Setiap adunan roti seberat 70 gram dan dicanai di atas papan canai.
  • Bakar di atas kuali leper menggunakan api yang kecil sehingga kedua-dua belah masak. Angkat dan hidangkan.
  • Nota: Jika anda suka naan bawang putih, boleh anda cincang 3 ulas bawang putih dan campurkan dengan 2 sudu besar mentega dan sapukan di atas roti pada waktu akhir anda membakarnya. Jika suka naan keju boleh anda taburkan parutan keju di atas roti.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN