Orang Johor pasti sudah kenal dengan donut sambal sira  tetapi orang yang tinggal di luar negeri Johor, pasti tidak berapa familiar kerana ia jarang dijual di negeri lain. Donut ini sama seperti donut gula, kelainannya adalah ia disaluti dengan sambal sira.

Sambal sira ini ia tidak terlalu pedas kerana ia adalah sejenis sambal yang manis dan merupakan kombinasi yang sesuai untuk donut tersebut. Jom cuba resepi donut sambal sira.

Bahan-bahan donut

  • 1 paket tepung gandum unbleach (tepung Bunga Rose)
  • 1 paket yis Mauripan
  • 1 cawan air masak
  • 1sdt garam
  • 2 sdb susu pekat (guna gula pun boleh)
  • 2 sdb marjerin

Bahan-bahan sambal sira

  • 3 sdb cili boh
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • ½ ketul gula melaka yang disagat
  • 1 sdt garam
  • 3 senduk gula

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan air masak, yis, garam dan susu pekat ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Selepas itu, biarkan seketika pada jemuran matahari tepi tingkap (atau bawah cahaya lampu terang) untuk memudahkan yis itu kembang dengan cepat dan berbuih halus. Rehatkan dalam 15 minit.
  2. Buat doh dengan memasukkan tepung gandum di dalam mangkuk besar. Buat lubang di tengah dan masukkan marjerin dan yis yang sudah kembang ke dalam lubang tepung. Kautkan tepung ke dalam lubang sehingga habis. Gaul rata doh dan uli sampai tidak melekat di tangan dan mangkuk.
  3. Siap doh dan rehatkan sekejap dengan ditutup bersama plastik bersih dan jernih untuk proses kembang dua kali ganda. Rehatkan dalam 45 min sehingga 1jam.
  4. Tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin, kemudian uli  doh sehingga cantik.Buat bulat-bulat kecil dan letak di dalam pinggan.
  5. Untuk sambal sira pula, kisar halus bawang putih, bawang besar dan tumis bersama minyak yang sedkit. Masukkan cili kisar tumis, garam, gula dan gula Melaka.
  6. Masak hingga sambal menjadi pekat. Kecilkan api dan masukkan donut yang telah digoreng ke dalam sambal dan gaul sehingga sebat.

Sumber: Aienn Sam