Sesuai untuk sarapan atau minum petang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Gulung

Sesuai untuk sarapan atau minum petang.

BAHAN-BAHAN

  • Roti sandwich
  • 1 biji kentang (besar) direbus dan didadu
  • 1 cawan ayam cincang (boleh guna daging atau ikut selera)
  • 1 sudu besar serbuk kari – bancuh dengan sedikit air
  • 1 bawang besar, 2 ulas bawang putih dan sedikit halia – tumbuk/parut
  • *100g tepung gandum
  • *1 biji telur
  • *Air ais
  • Minyak masak
  • 1 sudu besar cili kisar – jika suka lebih pedas
  • Garam, gula dan sedikit kiub ayam jika suka
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang, bawang putih dan halia dalam 1 sudu besar minyak masak hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan cili. Biar sekejap. Masukkan ayam. Gaul rata. Biar ayam masak.
  • Masukkan kentang. Gaul rata. Tambah garam, gula secukup rasa. Masukkan kiub. Kacau sekejap tutup api. Sejukkan.
  • Letak inti atas sekeping roti dan gulung. Buat hingga habis.
  • Satukan bahan bertanda * kacau sebati (macam adunan untuk goreng pisang) – boleh letak serbuk kunyit sebagai pewarna.
  • Celup roti gulung dalam adunan dan terus goreng macam goreng pisang.
  • Sedap dimakan panas atau sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN