Inilah pertama kali saya memuatnaik resipi ini. Sudah lama benar tak memasak roti boyan (dulu nenek selalu masak). Bab uli-uli tepung tu saya ada lembab sikit, jadi inilah cara malas saya ni.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Boyan Orang London Malas

Inilah pertama kali saya memuatnaik resipi ini. Sudah lama benar tak memasak roti boyan (dulu nenek selalu masak). Bab uli-uli tepung tu saya ada lembab sikit, jadi inilah cara malas saya ni.

BAHAN-BAHAN

  • Isi ayam dipotong kecil dan diperap dengan lada putih dan garam sedikit
  • 2 biji kentang sederhana besar
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • Daun sup + daun bawang sedikit (jika mahu)
  • 3 biji telur
  • 10 keping roti canai segera
  • Garam + lada putih
CARA PENYEDIAAN
  • Isi ayam digoreng dengan minyak sedikit dan ketepikan.
  • Kentang dikupas kulit, dipotong dadu dan direbus sampai masak. Tos dan lenyek kentang yang dah dimasak. Masukkan ayam, daun sup, daun bawang, bawang merah, pecahkan telur dan lenyek lagi. Tambah garam dan lada putih secukup rasa.
  • Ambil kulit roti prata segera yang dah dinyah beku. Letak isi ditengah. Lapik lagi satu kulit di atas and kelim tepi seperti karipap. Goreng dengan minyak sedikit hingga kekuning-kuningan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN