resepi sup ayam

Ibu mana yang tidak risau bila anak kesayangan demam panas kan? Apa kata jom cuba resepi sup ayam ini untuk menurunkan suhu badan anak.

Sup ayam juga dipercayai boleh meredakan batuk dan selsema di kala badan diserang demam.

Apabila anak tidak sihat, ibu tentu susah hati. Anak yang selalu cergas nampak lesu dan kurang ceria.

Bukan saja sesuai untuk anak kecil, makanan bersup ini juga sesuai untuk orang dewasa yang merasa letih ataupun tidak bertenaga. 

Baca juga: Sup Daging Siam, Tak Guna Banyak Minyak & Cepat Empuk

RESEPI SUP AYAM UNTUK LEGAKAN BATUK 

Bahan-bahan:

  • Bawang merah dan bawang putih
  • Halia
  • Minyak kelapa
  • Saderi dan batang daun sup
  • Lobak putih
  • Ayam tanpa antibiotik dan hormon
  • Tomato
  • Bawang goreng
  • Lada hitam
  • Garam Himalaya
  • Air

Info: Empunya resipi menggunakan Thermomix untuk memasak. Namun, anda boleh juga memasak menggunakan dapur gas.

Cara memasak:

1. Kisar bawang dan halia.

2. Panaskan minyak. Kemudian masukkan saderi dan batang daun sup. Tumiskan juga bawang kisar.

3. Tambahkan ayam dan lobak putih. Kacau rata dan masak sekejap.

4. Masukkan pula air, tomato, bawang goreng, garam dan lada hitam. Biarkan mereneh guna api perlahan.

resepi sup ayam

5. Sup bertambah sedap bila guna slow cook. Sebab masak suhu rendah, nutrisi banyak terpelihara, makanan bertambah sedap. 

resepi sup ayam

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Mazliana Mazlan

Baca juga: Resipi Sup Cendawan Sihat Tanpa Gula & MSG, Kenyang Pulak Tu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN