Resipi dari Joy of Making Cookies

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rocky Road Brownie

Resipi dari Joy of Making Cookies

BAHAN-BAHAN

  • (A)
  • 80g Mentega
  • 80g Gula
  • (B)
  • 50g Telur (1biji)
  • (C)
  • 170 g Tepung
  • 1 sudu besar Serbuk koko
  • 1/4 sudu teh Serbuk Soda (baking soda atau soda bicarbonate dlm istilah yg lain) *
  • (D)
  • 80 g Kacang walnut, dicincang
  • Berhias Atas
  • 150 g Marshmallow
  • 75 g Cip coklat
  • * Baking soda – adalah seratu peratus sodium bicarbonate.
    Dan baking powder adalah bahan yg berlainan yg mengandungi sodium bicarbonate, cream of tartar dan bahan pengering seperti kanji..
CARA PENYEDIAAN
  • Buat Pastri : Putar (A) sehingga lembut. Masukkan (B) dan putar hingga tidak berbintil-bintil. Campurkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sempurna.
  • Tekankan pastri ke dalam acuan segi empat berukuran 25 sm yang telah dialas dengan kertas aluminium. Ayakkan (D) ke permukaan pastri dan tekan perlahan-lahan.
  • Bakar pada suhu 180ºC selama 25 – 30 minit.
  • Potong mashmallow menjadi kepingan kecil dan tabur ke atas pastri yang telah dibakar.
  • Ayakkan sedikit cip coklat ke atas pastri. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180ºC selama 8 – 10 minit.
  • Biarkan ia sejuk. Keluarkan daripada acuan dan potong menjadi kepingan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN