Kuih Thai Kelantan
Masa 30 minit

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pulut Bangkok

Kuih Thai Kelantan
Masa 30 minit

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
    500gm beras pulut
    300ml air
    100ml santan pekat (KARA)
    Pewarna hijau
    1 sudu teh garam
    2 helai daun pandan
    5 biji pisang nangka atau pisang tanduk
  • Bahan B
    1/2 cawan gula pasir
    sedikit air
    1 biji kelapa parut putih
    1/4 teh garam
    1 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam pulut dgn pewarna semalamam.
  • Toskan dan kukus dengan daun pandan dan santan separuh masak.
  • Keluarkan pulut dan ambil sedikit dan letak diatas alas plastik atau daun pisang, tekan biar rata dan letakkan pisang ditengahnya. Gulung dengan kemas.
  • Kukus semula pulut gulung tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan alas plastik Ketepikan.
  • Sementara itu masak gula dengan sedikit air dan letakkan daun pandan dan sedikit garam.
  • Apabila air gula mendidih tuangkan keatas kelapa parut dan gaul rata. Biarkan sejuk sedikit.
  • Ambil pulut yang dikukus tadi, gaul dengan kelapa parut dan potong tiga atau empat bahagian.
  • Kaedah Kedua : Pulut dikukus hingga masak. Lapik loyang empat segi dengan daun pisang atau plastik. Letak pisang ditengah dan gulung dgn kemas.

    Bagi kaedah ni pisang hendaklah dikukus dahulu sebelum digulung dengan pulut tadi lupa nak bagitau nanti makan pisang mentah pulak! he he

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN