Baru-baru ini tular tentang telatah dua beradik yang mengunjungi Mc Donald’s (Mekdi) mencuri perhatian ramai!

Seperti yang kita tahu, restoran ‘fast food’ mudah didapati, 24 jam dijual dan harganya berpatutan itulah diantara punca ramai orang kini memilih untuk makan makanan segera berbanding makanan biasa tidak kira lah apa peringkat umur sekalipun.

Artikel berkaitan: Bahana Bawa McDonalds Ke Australia, Pelancong Ini Kena Denda RM8,000

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ rmdhn_._, dapat kita lihat seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan sakan order makanan di mesin kiosk.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah dua beradik itu seronok bermain di mesin kiosk dalam McDonald’s sampai harga jumlah pesanan menjadi lebih RM17,000.

Mereka seakan berlawan order siapa yang paling banyak. Dapat kita lihat, budak lelaki tersebut ‘meraih’ jumlah sebanyak RM 6154.92 manakala jumlah harga yang terpalar di skrin kioks budak perempuan sebanyak RM 17,152.71 sekaligus membuatkan ramai terkejut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat dua budak tersebut malah berseloroh mengatakan boleh menangis penjaga mereka jika tertekan ‘pay at counter’.

“Dia ingat main game collect point paling banyak ke? Kerlazzz mainan budak-budak zaman sekarang, aku dulu tekan-tekan public phone je” – Netizen

Antara komen netizen:

Video yang tular di laman TikTok:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN