Resepi yang mudah disediakan dan enak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Roti (Baked)

Resepi yang mudah disediakan dan enak

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 loaf roti gardenia (or any brand would do), dikoyak-koyakkan
  • 1 peket santan kelapa
  • 2 biji telur
  • 8 sudu tepung custard
  • 3 sudu tepung jagung
  • 25gm butter (dicairkan)
  • 3 scoops susu tepung (dibancuh bersama 250ml air)
  • Cinnamon Powder (serbuk Kulit Kayu Manis)
  • Essence Vanilla
  • 125gm gula (boleh dikurang ataupun ditambah mengikut kesesuaian)
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan santan, air susu dan gula ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian masukkan telur. Kacau hingga sebati
  • Masukkan tepung custard dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Kacau dan pastikan kesemua tepung larut serta tidak berketul-ketul
  • Masukkan butter yang telah dicairkan ke dalam adunan tersebut. Kemudian masukkan 2 sudu kecil cinnamon powder dan sedikit essence vanilla
  • Kemudian masukkan pula roti yang telah dikoyakkan tadi kedalam bancuhan ini. Pastikan semua roti dibasahi oleh bancuhan ini. Jika masih terlalu banyak cecair berbanding dgn roti, bolehlah tambah sekeping dua roti lagi
  • Tuang adunan ini tadi ke dalam baking tray dan ratakan. Taburkan cinnamon powder di permukaan atas adunan ini. Bakar di dalam oven bersuhu 180C selama 8 minit dan kemudian kurangkan suhu ke 150C selama 25 minit (ini bagi memastikan permukaan puding tidak terlalu keras)
  • Selepas masak,biarkan sejuk sebelum potong. Lebih enak jika disimpan didalam peti sejuk terlebih dahulu. Selamat mencuba. Gambar diatas tu adalah gambar selepas siap dibakar… tak sempat nak potong sebab malas nak tunggu sejuk hehehe

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN