Paprik sayur ni boleh dinikmati bersama nasi putih atau nasi goreng. Kalau ada anak-anak yang tak berapa suka nak makan sayur, boleh cuba resepi ni. Sayuran pula boleh dipelbagaikan. Masaklah guna sayuran kegemaran anak-anak.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Paprik Sayuran
Paprik sayur ni boleh dinikmati bersama nasi putih atau nasi goreng. Kalau ada anak-anak yang tak berapa suka nak makan sayur, boleh cuba resepi ni. Sayuran pula boleh dipelbagaikan. Masaklah guna sayuran kegemaran anak-anak.
BAHAN-BAHAN
- 2 biji terung â dipotong memanjang
- 1 biji lobak merah â dipotong
- 4 batang jagung muda â dipotong
- 10 biji kacang panjang / buncis secukupnya â dipotong serong memanjang
- Sedikit isi udang (jika suka
- 1 sudu kecil chilli flakes
- ½ sudu kecil lada sulah
- 2 sudu besar sos cili Maggi®
- ½ sudu besar sos tiram Maggi®
- 2 ulas bawang putih â diketuk
- 1 ulas bawang besar â dibelah tebal
- 1 helai daun limau purut
- 3 sudu besar minyak masak
- Maggi® CukupRasa⢠secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang. - Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit sahaja air.
Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah.
Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak Sekejap. - Masukkan terung goreng. Kacau rata
Tabur Maggi® CukupRasa⢠keatasnya. Kacau sebati
Tutup api dan siap!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.