Mudah dan ringkas

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Beriani Ringkas

Mudah dan ringkas

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
  • 1 tin kecil minyak sapi (ghee)
  • 1 tin susu sejat (susu cair pun ok)
  • 3 biji bawang besar, dihiris halus
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia* (*dikisar halus)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
  • Segenggam daun ketumbar
  • Segenggam bawang goreng
  • 1/2 cawan gajus
  • 1/2 cawan kismis
  • Secubit koma-koma, direndam dalam sedikit air panas
  • 1 kiub ayam Maggi
  • Garam secukup rasa
  • Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan-bahan kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
  • Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
  • Tuang no.02 ke dalam periuk nasi dan masukkan beras yang telah disejat tadi, tekan “cook”. Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau penyepit) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma-koma. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul-betul masak.
  • Bila nasi betul-betul masak, gaul nasi perlahan-lahan sekadar meratakan bahan-bahan tabur tadi dan juga jus koma-koma. Jangan terlebih gaul nanti nasi akan patah-patah. Seeloknya gunakan penyepit.
  • Boleh lah dihidangkan bersama lauk sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas, acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing-masing.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN