nyonya curry laksa

Nyonya Curry Laksa merupakan hidangan yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Cina. Namun kini telah diminati oleh semua kaum di Malaysia dan juga Singapura.

Apa yang unik, kuahnya kelihatan seakan sama dengan hidangan mi kari. Jom kita cuba buat dengan menggunakan resipi oleh Nur Syaa di bawah.

Resipi Nyonya Curry Laksa

Bahan-bahan:

  • Mi kuning 1 paket (rendam untuk hilangkan kapur dan pewarna)
  • Chili oil
  • Udang 10 ekor saiz sederhana (kepala dan kulit asingkan dalam 1 mangkuk)
  • Isi ayam 4 ketul
  • Sayur sawi
  • Filamen ketam
  • Fishball
  • Tauhu pok
  • Togey
  • Serai 1 batang
  • Daun limau purut
  • Daun kesum
  • Bunga kantan 1 batang
  • Santan
  • Halia
  • Lengkuas
  • Daun kari 3 tangkai
  • Serbuk kari

Cara-cara:

1. Panaskan air dalam 1 periuk saiz sederhana. Apabila mendidih, masukkan 4 ketul ayam bahagian dada. Celurkan kepala dan kulit udang, filamen ketam, sawi, togey, fishball. Celur seketika bahan ini satu persatu dan bawa keluar. Susun bahan-bahan celur dalam 1 bekas dan ketepikan.

2. Kemudian, keluarkan isi ayam yang telah dimasak, potong bahagian isi dan ketepikan.

3. Air rebusan jangan dibuang, akan digunakan semula nanti.

4. Sediakan lesung batu. Tumbuk tulang ayam bersama kepala udang, kulit udang, daun kesum, daun limau purut, halia, bunga kantan dan lengkuas.

5. Di dalam periuk lain, masukkan chili oil, minyak 2 sudu besar, serbuk kari, bahan yang ditumbuk dan daun kari. Tumis sehingga semua bahan garing dan naik bau, jangan sampai hangus.

6. Kemudian masukkan air rebusan tadi, setelah mendidih kecilkan api dan masukkan santan 1 kotak. Kacau rata.

7. Masukkan garam, gula, tauhu pok dan kacau lagi. Biarkan mendidih selama 10 hingga 15 minit.

8. Tapis terlebih dahulu sebelum dihidangkan untuk mengeluarkan bahan yang ditumbuk kasar tadi.

9. Hidangkan bersama mi yang sudah dicelur dan bahan sampingan yang lain.

Info: Untuk masak dalam kuantiti yang banyak, cuma gandakan bahan. Untuk bahan tumbuk, boleh juga guna pengisar.

Kredit: Nur Syaa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN