Cara ni yang selalu saya guna.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Goreng

Cara ni yang selalu saya guna.

BAHAN-BAHAN

  • Mee kuning satu bungkus
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Cili boh @ cili mesin sendiri
  • Garam tak payah bubuh sebab kadang-kadang mee ni dah masin
  • Gula dan kicap hitam
  • Tauge – untuk satu bungkus mee saya biasa gunakan 50 sen tauge
  • Bebola ikan, udang dan daging yang sudah siap direbus sampai empuk dan diambil airnya
  • Sedikit cili sos
CARA PENYEDIAAN
  • Seperti biasa ..panaskan minyak dan tumiskan bahannya..
  • Tumis bawang putih dan bawang merah, sehingga nampak agak garing.
  • Masukkan daging, bebola, udang, cili sos dan cili boh..boleh ditambahkan dengan air daging tadi.
  • Tambahkan gula dan perasa..kalau rasa nak masin boleh bubuh kicap cair ..sedikit saja, sebab mee sememangnya sudah masin.
  • Akhir sekali..masukkan tauge..kacau kacau dan balik balikkan mee..
  • Ok…dah sedia untuk dimakan..

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN