Resipi dari maklong, ringkas dan mudah..bahan-bahan pun mudah didapati

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Campak

Resipi dari maklong, ringkas dan mudah..bahan-bahan pun mudah didapati

BAHAN-BAHAN

  • 600 gm atau sekati mi kuning
  • 200 gm udang sederhana besar..kalau tak makan udang boleh ganti dengan ayam atau daging
  • 100 gm sawi (kalau suka banyak boleh tambah)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Air untuk jadikan kuah
  • Bahan untuk kisar:
  • 2 labu bawang besar dan 5 ulas bawang putih
  • Bahan untuk sambal kicap:
  • 5 biji cili padi, 3 ulas bawang putih dan 2 sudu besar gula pasir ditumbuk sekali dalam lesung batu. Kemudian tambahkan air perahan limau kasturi dan kicap manis…pasti terangkat punye!
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh mi kuning tadi dan toskan.
  • Buang kulit udang..untuk senang makan. Kalau guna ayam atau daging, potong kecil.
  • Basuh sawi dan potong ikut saiz yang disukai.
  • Kisar bawang besar dan bawang putih sehingga hancur.
  • Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak atau kelihatan sedikit keperangan. Awas jangan sampai hangus pula!
  • Masukkan air (biar lebih) dan biar mendidih…jika guna daging atau ayam, masukkannya sebelum masukkan air, biarkan daging tu kecut dulu baru masuk air.
  • Bila dah mendidih masukkan udang biar sekejap, masukkan pula kicap manis, mi, sawi dan secubit garam….gaul semua dalam 2 minit, boleh tambah air kalau terkurang kuahnya..jangan lupa tambah kicap dan garam untuk imbangkan rasanya.
  • Dah siap! Boleh la dihidangkan dengan sambal kicap..baru terangkat dan pasti nak lagi! Makan panas2, kalau budak-budak makan tak payah la letak sambal kicap tu.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN