Kalau korang seorang yang suka mengunyah dan wajib ada snek pada bila-bila masa sahaja, korang boleh cuba kepada snek yang lebih sihat iaitu kacang kuda pedas. Rasa dia pedas dan manis sesuai untuk seisi keluarga korang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di Facebook.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

30 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KACANG KUDA PEDAS

Kalau korang seorang yang suka mengunyah dan wajib ada snek pada bila-bila masa sahaja, korang boleh cuba kepada snek yang lebih sihat iaitu kacang kuda pedas. Rasa dia pedas dan manis sesuai untuk seisi keluarga korang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • Bawang merah – dimayang

  • Bawang putih – dimayang

  • Daun kari

  • Biji sawi

  • Ikan bilis

  • Cili mesin

  • Gula

  • Garam secukup rasa

  • Minyak untuk menumis

  • Kacang kuda (rendam semalaman dan rebus hingga empuk)

Kredit : Zuraini Mat Arshad

CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah, ikan bilis dan bawang putih bersama daun kari dan biji sawi.

  • Masukkan cili mesin dan gula. Kacau hingga pecah minyak.

  • Masukkan kacang kuda. Tabur garam dan suaikan rasa. Gaul sebati dan siap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.