Cicah Kulit Ayam Goreng dengan Sos Salted Egg dan lihat hidup anda berubah selamanya!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kulit Ayam Goreng & Sos Salted Egg Yolk
Cicah Kulit Ayam Goreng dengan Sos Salted Egg dan lihat hidup anda berubah selamanya!
BAHAN-BAHAN
- Kulit ayam
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- Minyak
- 2 telur masin kuning (direbus)
- 1 cili padi (dicincang)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- Daun kari
- 80ml susu cair
- 2 sudu besar mentega
- Garam secukup rasa
Kulit ayam:
Sos telur masin:
CARA PENYEDIAAN
- Rebus kulit ayam dengan garam dan lada hitam selama 5 minit.
- Toskan dan biar betul-betul kering.
- Susun di atas pinggan dan simpan di dalam peti sejuk (tanpa berpenutup) selama 4 jam.
- Panaskan minyak dan goreng kulit ayam sehingga perang.
- Dalam kuali yang lain, panaskan mentega.
- Tumis bawang putih, cili padi, dan daun kari.
- Masukkan telur kuning masin yang telah dihancurkan dan gaul.
- Masukkan susu cair dan gaul sehingga pekat.
- Tambah garam jika perlu.
- Tutup api dan blend sehingga sebati.
- Hidang!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.