dah ada beberapa respi kuih siput di MyR ni, akk pun slalu buat lebih kurang camtu respinya.. tp, kali ini akk ingin nk kongsi kuih siput perasa tomyam plak.. pebret hb mengudap sambil menaip ni..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kuih siput kakbesah

dah ada beberapa respi kuih siput di MyR ni, akk pun slalu buat lebih kurang camtu respinya.. tp, kali ini akk ingin nk kongsi kuih siput perasa tomyam plak.. pebret hb mengudap sambil menaip ni..

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 1/3 cawan majerin/butter
  • 2/3 cawan santan
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan udang kering
  • 1 peket paste tomyam adabi
  • 1 sudu teh garam & 1 sudu teh gula
  • beberapa tangkai daun kari
  • minyak utk menggoreng terendam
CARA PENYEDIAAN
  • gaul rata tepung & serbuk kari.
  • kisar santan, bwng putih, tomyam paste, udang kering, garam & gula hingga hancur.
  • ramas dgn hujung jari margerin dan tepung, bila dah rata campurkan bahan2 yg dikisar tadi. uli hingga mnjadi satu doh yg kental. (mcm doh roti canai tu..)
  • gentel bulat2 kecil2 doh. lps tu lenyek atas acuan kuih siput hingga mnjadi seakan2 kulit siput. ikut kepandaian masing2 lah yer.. nk buat siput bulan ke, siput sedut ke @ siput putih yg bertabur di tepian pantai.. (sorry, akk bab mmbentuk memang fail..hehe.)
  • panaskan minyak, goreng lah kuih siput dgn api sederhana. jgn kuat sangat supaya masak dlm nya & ranggup, coz ia agak tebal. bila dah 5 minit menggoreng, masukkan setangkai daun kari yg tlh dilurut daunnya. bila sudah garing dan masak, angkat dan tos kan.
  • bila sudah betul2 sejuk, blehlah disimpan dlm bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN