pes tom yam

Pelbagai jenis pes tom yam yang ada dijual di kedai. Tapi pasti ramai yang keliru nak pilih pes mana yang paling sedap dan pekat.

Memang mudah kerja nak buat tom yam kalau ada pes ini. Tak perlu tambah sebarang tumisan atau bahan lain.

Kalau nak tahu pes mana yang paling sedap, jom sama-sama baca perkongsian oleh Zatty Roslan di bawah.

Tip Pilih Pes Tom Yam Paling Sedap & Pekat

Ini review ikhlas. Saya bukan penjual.

Tadi whatsap2 dengan jiran. Rupanya ada lagi yang tak tahu pasal paste tomyam yang sedap. Ok, ni pengalaman sis sebagai pengguna & selalu beli kat padang besar masa duk jitra dulu.

Sekali imbas korang tegok botol2 tu semua sama kan. Ramai bile sis cerita tiga2 botol ni lain2 jenama baru orang perasan. Banyak sis tengok org review2 masak guna paste yang tak sedap. Ya la. Sebab sis tahu ada lagi sedap dari tu.

1. Tulisan thailand ni paling sedap

Yang ni tahun lepas sis try cari kt padang besar memang payah jumpa. Diorang susun bahagian dalam kedai. Sis cari 1 kedai ke 1 kedai & ada 2 botol je. Dia mahal sikit dari 2 jenama botol yang lain tu.

pes tom yam

Cara masak dia senang. Letak air, letak paste, letak segala isi2 tomyam. Tak perlu nak letak garam gula serai bagai tu. Tapi kalau paste korang letak sikit, letak la semua tu. Tapi sis masak tak letak pon. Letak paste je banyak2. Baru tomyam pekat memikat!

 

2. Paste tomyam jenama nang fah

Perhatikan bulat kecik tu. Yang ni kedua sedap. Harga dia murah sikit dari tulisan thai tadi. Cara masak pon sama. Letak semua takyah adjust apa. Tapi korang try la letak susu cair dalam tomyam. Sedap & boleh kurangkan masam dia sikit kalau korang letak banyak paste dia jadi masam. Untuk yang tak berapa suka masam macam sis, boleh letak susu cair.

pes tom yam

3. Paste tomyam jenama PUM

Perhatikan bulat kecik tu. Yang ni kurang sedap & banyak orang review masak2 buat guna paste ni. Maybe kat tempat diorang ada jenama ni je kot. Yang pun ni memang korang kene orter. Macam korang masak guna paste tomyam sebelum2 ni. Letak garam, gula, serai, lengkuas, bawang. Eh banyak lg laa. Tulis resepi kat sini nanti panjang pula. Paste ni memang berlambak kat padang besar & harga dia murah dari 2 botol yang kat atas tadi.

Ok done.

Lepasni korang nak beli paste tomyam perati benda yang sis bulat2 kan tu ok. Selamat mencuba.

Kredit: Zatty Roslan