Aneka Kuih Lapis

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Lapis Keladi

Aneka Kuih Lapis

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
    150gm keladi (dipotong kiub dan dikisar halus)
    250ml santan cair
  • Bahan B
  • 150gm tepung beras
  • 60gm tepung ubi
  • 30gm tepung sago
  • 250ml santan pekat
  • 80ml air
  • Bahan C
  • 200gm gula
  • 400ml santan cair
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan
  • Bahan D
    Pewarna violet, hijau dan merah
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bahan A hingga halus. Ketepikan. Masukkan bahan B, Gaul rata dan tapis.
  • Masak bahan C hingga mendidih, keluarkan daun pandan dan tuang ke dalam no. (1) tadi. Bahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan dengan warna-warna berlainan.
  • Tuang lapisan violet di dalam loyang 8″ dan kukus selama 5 minit.
  • Tuang lapisan warna hijau diatas lapisan pertama tadi dan kukus lagi selama 10 minit.
  • Apabila masak tuang lapisan merah yang terakhir dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
  • Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
  • Jika lapisan kuih agak tebal tambahkan masa mengukusnya. Sentiasa tutup dgn aluminium foil setiap lapisan yang dikukus. Pastikan lapisan tidak mengandungi takungan air biarkan wap mengering dulu baru dituangkan lapisan seterusnya.
  • Tempoh mengukus bergantung pada saiz pengukus pastikan air sentiasa mencecah lantai lapisan atas pengukus dan tambahkan dgn air panas jika air berkurangan. Penutup pengukus mestilah tinggi supaya serata wapnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN